ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINIfest kembali untuk edisi ulang tahun ke-60

Berita Tempatan

Views

MINI bakal mengadakan festival keduanya ‘MINIfest The 60 Years Special’ sempena menyambut ulang tahun yang ke-60 jenama tersebut. Sempena festival ini MINI Malaysia menjemput warga MINIacs untuk meraikan semangat permotoran MINI yang dijiwai selama enam dekad.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Pelbagai aktiviti dan tarikan bakal disajikan buat warga MINIacs pada tahun ini, antaranya pasar jualan khas yang bertemakan MINI, juadah yang enak daripada pelbagai kendara saji (food truck) popular, persembahan muzik ‘secara langsung’ serta permainan dan sesi pandu uji yang mengujakan. Pengunjung terawal juga akan menerima hadiah eksklusif.

Sorotan utama MINIfest The 60 Years Special ialah pameran eksklusif jentera MINI Edisi 60 Tahun, serta kereta-kereta MINI Classic. Pengunjung juga berpeluang untuk memandu uji 10 jenis model MINI, termasuklah MINI Cooper S 3 Door, MINI Cooper S 5 Door, MINI John Cooper Works Clubman serta MINI Cooper S Countryman Pure semasa acara berlangsung.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Berikut adalah butiran ringas acara berkenaan:

Tarikh: Sabtu, 7 September 2019.
Waktu: 12:00 tengah hari hingga 7.00 malam.
Lokasi: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat prapendaftaran, sila layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply