ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City Special Edition diperkenalkan – Harga RM76K

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan model City Special Edition yang ditawarkan dengan dua pilihan warna – White Orchid Pearl dan Passion Red Pearl. Edisi khas ini didatangkan dengan beberapa ciri nilai tambah untuk menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan.

Antara ciri-ciri tambahan City Special Edition adalah:

  • Perakam Video Digital (DVR/Dashcam)
  • Pembaca kad tol terbina dalam
  • Visor pintu
  • Trunk Organiser

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia En. Toichi Ishiyama berkata, mereka telah membuat keputusan untuk memperkenalkan edisi khas City pada harga yang menarik RM75,955 bersempena dengan kempen “Road to 900,000th Unit Milestone“.

City merupakan penyumbang jualan terbesar untuk Honda Malaysia dengan 34 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan dan mereka turut berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam segmennya bermula dari Januari hingga Julai 2019. Wilayah Tengah menyumbang 50 peratus jumlah jualan keseluruhan, diikuti Selatan 20 peratus dan Utara 19 peratus untuk tempoh yang sama.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Model ini dijana oleh enjin 1.5L i-VTEC yang disambungkan dengan transmisi CVT yang dibangunkan menerusi Teknologi Honda Earth Dreams. Ia menawarkan ruang bagasi yang terluas dalam kelasnya iaitu 536 liter. City dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini seperti Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mendaki (HHA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS) dan Agihan Brek Elektronik(EBD).

Harga yang ditawarkan untuk City Special Edition adalah:

  • Warna Passion Red Pearl – RM75,955
  • Warna White Orchid Pearl – RM76,075

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply