ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Onexox TKKR SAG Team dapat suntikan tajaan BMW Motorrad untuk saingan musim 2020

Sukan Permotoran

Views

Menurusi satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi, Onexox TKKR SAG Team mengumumkan mereka telah mendapat tajaan dari BMW Motorrad yang akan membekalkan empat buah jentera BMW S 1000 RR 2019 baharu, alat ganti dengan nilai EUR25,000 (RM115,632) dan menanggung perbelanjaan jurutera data, Peter Shouten dan Marcus Reiterberger untuk saingan musim depan.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Selain itu pelumba pasukan tersebut, Azlan Shah Kamaruzaman yang telah dinobatkan sebagai juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di Buriram, Thailand baru-baru ini pula telah berangkat ke Munich, Jerman untuk menerima anugerah dari BMW Motorrad.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Dalam masa yang sama mereka turut menjelaskan kepada warganet yang mereka mempertaruhkan kepakaran anak tempatan sebagai krew pasukan dan terpaksa bersaing dengan kekurangan seorang krew akibat kekangan kewangan. Selain itu, pemilihan jentera BMW dibuat kerana mereka yakin hanya BMW Motorrad akan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat sokongan penuh pengeluar sekiranya menang tahun ini.

Nampaknya percaturan mereka membuahkan hasil dan segala usaha mereka selama ini telah terbalas. Syabas kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply