ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sime Darby Motors lancar akademi peruncitan dan pengedaran

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Motors, Retail & Distribution baru-baru ini telah melancarkan Retail & Distribution Academy, yang terletak di Sime Darby Motors City.

Akademi berkenaan akan menjadi teraju penting bagi usaha Sime Darby Motors untuk mencapai kecemerlangan dan menjadi pelopor industri automotif Malaysia.

Ia mempunyai sembilan kelas yang mampu menampung sehingga 163 orang pelatih. Latihannya pula disediakan menerusi dua teras utama program pensijilan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Teras pertama melibatkan latihan teknikal dan bukan-teknikal untuk menepati keperluan Pensijilan Prinsipal yang dikendalikan oleh 11 jurulatih dalaman.

Teras kedua pula adalah program latihan Sime Darby Motors, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan bakat untuk mempertingkatkan kemahiran berorganisasi dan pengetahuan.

Ini termasuklah kemahiran insaniah seperti pembangunan peribadi dan profesional, pemerkasaan kemahiran, khidmat pelanggan, teknik mendapatkan jualan dan banyak lagi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Latihan akan dijalankan oleh jurulatih profesional dalaman, serta rangkaian penyedia latihan luaran bertauliah.

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan, akademi ini akan menjadi platform penting bagi inovasi dan meningkatkan kemahiran, membolehkan mereka untuk menstrukturkan program latihan untuk menggalakkan pembelajaran berterusan.

Bagi memastikan tenaga kerja berdaya maju dan berkemahiran tinggi untuk jualan EV serta khidmat lepas jualannya, akademi ini turut dilengkapi dengan kenderaan latihan, perkakas latihan, makmal komputer dan lain-lain kelengkapan yang berkaitan EV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply