ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sebabkan kematian anggota polis – Pemandu Myvi dipenjara 8 tahun, denda RM30K

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM30,000 terhadap seorang pemandu Perodua Myvi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan Anggota polis maut sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis pada 1 November lalu.

Mohd Shafiq Lokman, 26, yang merupakan seorang pembantu kedai membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman. Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Bagi kesalahan itu, majistret menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh iaitu hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun. Tertuduh turut didakwa memandu tanpa lesen di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana mahkamah mengenakan denda RM1,800 dan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6 pagi pada 1 November lalu apabila tertuduh yang memandu kereta Perodua Myvi terlibat kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau sehingga mengakibatkan kematian Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat.

Sementara itu di kamar mahkamah berasingan, tertuduh mengaku salah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman kerana menghalang tugas penjawat awam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nurasidah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dijalankan secara berasingan dan denda RM5,000 dan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Terdahulu, mahkamah memerintahkan rakannya yang juga seorang ibu tunggal, Siti Noor Ashikin Muhammad Arifin, 26, dipenjara lapan bulan dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah membenarkan Perodua Myvi yang disewanya diberikan kepada teman lelakinya yang tidak mempunyai lesen memandu.

Siti Noor Ashikin turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya. Teman lelakinya, Mohd Syahrihudin Abdul Majid, 24, pula didenda RM1,000 sekiranya gagal bayar tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah memandu tanpa lesen.

Seorang lagi rakan mereka yang turut berada dalam kereta Perodua Myvi ketika kemalangan maut itu, Mohd Aiman Romli, 24, yang juga tertuduh keempat dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Noridayu Md Kassim, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Komuniti Johor

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply