ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembangunan model ‘EV pertama’ Proton dipercepatkan, bakal hadir seawal 2025

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton bakal mempercepatkan pelan kenderaan elektrik (EV) apabila merancang untuk memperkenalkan model tempatan pertama seawal 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata langkah mempercepatkan pengenalan model EV pertamanya adalah selaras dengan komitmen kerajaan yang memberi sokongan kukuh kepada perkembangan EV di Malaysia.

Katanya, buat masa ini, Proton sedang giat mengenalpasti model yang bersesuaian untuk diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pelanggan tanpa berkompromi dari aspek harga mampu milik dan praktikal.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujar beliau, EV menjadi antara tumpuan Proton. Justeru, pihaknya sedang giat melaksanakan usaha untuk mempercepatkan pelancaran model EV pertamanya seawal 2025.

Proton kini sedang mengenal pasti model supaya ia dapat ditawarkan pada harga mampu milik dan praktikal. Kedua-dua elemen ini penting untuk kereta EV Proton nanti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Kempen Proton Rahmah 2023, di Putrajaya, semalam.

Roslan ketika menjadi ahli panel sesi Pelaburan dalam EV – Peluang dan Cabaran pada forum Invest Malaysia Series 2: The Road to EV sebelum ini mendedahkan bahawa Proton memiliki dua model pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Namun, pengeluar kereta nasional itu perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan untuk menjadi sebahagian pengeluar dalam industri alaf baharu itu.

Katanya, pelan hala tuju EV Proton sudah bermula hampir 10 tahun lalu, namun tidak dapat dilaksanakan selepas mengambil kira permintaan pasaran ketika itu.

Menurut Roslan, Proton perlu membuat perancangan rapi sebelum beralih kepada EV kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemasaran.

Jelasnya, dari aspek ekonomi, apabila jualan kenderaan ICE Proton mencecah 150,000 unit setahun, ia cukup bagus untuk pengeluar kereta nasional itu mempertimbangkan peralihan kepada EV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply