ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ akan dapat seragam baharu, dilengkapi ciri keselamatan supaya tidak mudah ditiru

Berita Tempatan

Views

Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibekalkan dengan seragam baharu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tertentu bagi memastikan ia tidak mudah ditiru dan disalahgunakan.

Menurut Berita Harian, seragam baharu JPJ akan dilaksanakan apabila pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 diwartakan. Pindaan RUU itu bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membabitkan 13 Fasal.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, berkata spesifikasi pakaian seragam pegawai JPJ kelak akan ditetapkan di bawah satu perundangan subsidiari, spesifikasi pakaian seragam pegawai JPJ juga akan dikawal selia melalui perundangan berkenaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau berkata, penyediaan pakaian baharu akan disediakan ciri-ciri keselamatan yang boleh membezakan antara pakaian seragam asli dan yang tiruan.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana orang yang didapati meniru pakaian seragam JPJ adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hasbi berkata, pendaftaran dan caruman dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan menjadi antara syarat wajib terhadap permohonan pembaharuan lesen vokasional bagi mereka yang tergolong dalam kategori bekerja sendiri.

Ia selaras dengan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan seramai 12 Senator di Dewan Negara, semalam.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambah beliau, ia akan membabitkan pemegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) bekerja sendiri yang terdiri daripada pemandu teksi, e-hailing, p-hailing, pemandu bas dan pemandu kenderaan barangan.

Jelasnya, untuk langkah-langkah melakukan caruman itu, golongan berkenaan boleh melakukannya melalui laman sesawang atau berhubung terus dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Hasbi berkata Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membabitkan 13 Fasal.

Beliau berkata pindaan turut membabitkan Fasal Enam, Seksyen 56 yang menetapkan pemberian lesen vokasional hanya akan diberikan kepada individu yang memiliki lesen memandu kompeten sepenuhnya selain pada Fasal Tujuh, Seksyen 57 iaitu mewajibkan semua pemandu bas persiaran untuk memiliki lesen vokasional.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply