ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian S50 (SS11) dah mula pakai Infinite Weave, ini baru versi ‘copy ori’ Proton!

Foto Intip

Views

Ini merupakan foto intipan terbaharu model sedan bakal pengganti Proton Prevé, iaitu S50 (SS11) yang dijangka tiba pada penghujung tahun nanti.

Foto ini telah berjaya dirakam sendiri oleh rakan media kami di WapCar.my sewaktu mereka ‘sedang mendaki’ ke puncak Genting Highlands, semalam.

Apa yang menarik, unit ujian ini kelihatan sudah mula memakai jeriji identiti Proton, iaitu ‘Infinite Weave‘ dan merupakan versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Selain itu menurut WapCar, adalah sistem amaran titik buta pada cermin sisi dan juga bumbung lutcahaya (sunroof).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

S50 (SS11) boleh lah dikatakan sebagai versi ‘kembar tak seiras’ Geely Emgrand generasi keempat. Ia berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (Proton X50).

Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,650 mm.

Ini bermakna, S50 (SS11) akan masuk dalam segmen-C dan dijangka ‘mengacau’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla di pasaran.

Bukan itu sahaja, tanda harganya dijangka bakal ‘menggugat’ kedudukan dua model terlaris di segmen-B, iaitu Honda City dan Toyota Vios serba baharu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Di pasaran China, Emgrand dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan. Dikhabarkan, model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

Menurut ejen perisik Mat Bond, ada desas-desus mengatakan yang Proton bakal memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Katanya, salah satu calon model EV pertama Proton berkemungkinan datang dari segmen sedan. Setakat ini sedan yang ‘paling afdal’ dijadikan calon EV sulung Proton adalah model ini.

Apapun kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai S50 (SS11) dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply