ARKIB

KATEGORI

Info

Pembina pesawat eVTOL pertama di Asia Tenggara, Etienne Innovation lancar Kempen Equity Crowdfunding (ECF) untuk kumpul RM500K

Info

Views

Tahukah anda, rupa-rupanya ada syarikat pemula (startup) di negara kita yang kini sedang membangunkan pesawat udara berkuasa elektrik sepenuhnya yang berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), iaitu Etienne Innovation Sdn. Bhd.

Syarikat yang ditubuhkan pada November 2021 itu berpangkalan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Etienne Innovation merupakan perintis dalam reka bentuk dan pembangunan Mobiliti Udara Termaju (AAM) di rantau Asia Tenggara.

Syarikat ini diterajui oleh alumni Imperial College London yang merupakan sebahagian daripada pasukan pembangunan prototaip dron kargo muatan berat menerusi projek C-Drone.

Projek ETN200 ini merupakan kerjasama antara UTHM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ia memiliki keupayaan untuk menerbangkan beban seberat 200kg selama 30 minit dan sejauh 45 km sekali cas.

Ia dianggotai oleh beberapa pakar dalam pelbagai disiplin, antaranya Dr. Sofia Najwa Ramli (keselamatan siber), Dr. Wan Saiful-Islam Wan Salim (kejuruteraan mekanikal), Dr. Mohd Aifaa Mohd Ariff (kejuruteraan elektrik), En. Abdul Zaki Abdul Wahid (pembangunan perniagaan).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Keupayaan pesawat multirotor pengangkutan berat termaju (advanced heavy-lift Multirotor) ini mampu dipertingkatkan lagi melalui perkembangan teknologi bateri dan penggunaan secara ekstensif bahan komposit.

ETN200 dibangunkan mengikut piawaian yang sama oleh syarikat pengeluar pesawat terbang seperti Airbus dan Boeing. Pada September 2021, prototaip eVTOL ini telah menerima pengiktirafan “beban paling berat yang berjaya diangkat oleh dron” oleh Malaysia Book of Records.

Pengetahuan dan teknologi yang diperoleh melalui projek itu telah mendorong pasukan untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih baik dan membangunkan pesawat eVTOL komersial yang lebih maju.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Etienne, Dr. Mohd Aifaa Mohd Ariff, pesawat ini mempunyai nilai pengkomersilan yang luas kerana ia sesuai untuk menangani masalah logistik udara semasa, di samping mengurangkan jejak karbon.

Selain membangunkan prototaip C-Drone, Etienne juga telah menyiapkan reka bentuk konsep pesawat terbang generasi baharu, iaitu ETN200-XA (sedang memohon paten).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Pada peringkat pra-awal (pre-seed) syarikat ini dinilai pada RM5 juta dan ia dijangka berkembang sehingga lima kali ganda iaitu RM1 bilion (tahap IPO).

Antara pesaingnya termasuklah beberapa syarikat dari luar negara seperti Volocopter (Jerman), Joby Aviation (AS), Lilium (Jerman), Vertical Aerospace (UK) dan SkyDrive (Jepun).

Etienne akan memulakan kempen pengumpulan dana (Equity Crowdfunding – ECF) yang menawarkan ekuiti sehingga 10 peratus di pithchIN.my.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk pembangunan varian komersial pesawat ETN200-XA, yang akan mematuhi semua keperluan keselamatan dan peraturan penerbangan antarabangsa.

Secara khusus, 60 peratus daripada modal ECF akan digunakan untuk perolehan komponen dan alat ganti termaju untuk pembangunan pesawat, 20 peratus untuk pensijilan pesawat, 10 peratus untuk kerja reka bentuk dan kejuruteraan, manakala bakinya akan disuntik sebagai modal kerja.

Etienne menjemput semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik ini sebagai perintis AAM di Malaysia. Untuk menyertainya, layari PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply