ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penarik kereta pandu Proton Inspira secara mengundur lawan arus direman

Berita Tempatan

Views

Utusan Online melaporkan, penarik kereta yang menimbulkan kekecohan dengan aksi mengundur kereta secara berbahaya petang kelmarin, turut dipercayai menceroboh dan melanggar pagar sebuah rumah di Taman Perumahan Mak Chili, di Kemaman.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan berang kerana gagal mendapat kerjasama pemilik kenderaan yang ingin ditarik di kawasan perumahan tersebut.

Kata beliau, suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan itu menggunakan batu dan melanggar pagar rumah sebelum memecut keretanya ke Jalan Air Putih. Mohd. Haki berkata, hasil pemeriksaan mendapati lesen kad penarik kereta milik suspek yang dikeluarkan Institut Kewangan telah tamat tempoh pada Ogos lalu. Katanya, lelaki itu kini direman selama tujuh hari hingga Khamis ini.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Kelmarin, orang ramai di Jalan Air Putih gempar dengan insiden sebuah Proton Inspira yang mengundur melawan arus sejauh kira-kira 50 meter bagi mengelak dicekup polis. Lelaki berasal dari Beserah, Kuantan yang memecut laju kenderaannya sejauh tiga kilometer itu hampir melanggar seorang pegawai polis bermotosikal yang turut sama membantu menahannya.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 307 kerana cubaan membunuh, Seksyen 427 (melakukan khianat) di samping Seksyen 392 kerana cubaan samun tanpa senjata.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Utusan Online

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply