ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan percubaan van perantara LRT di laluan T252 bermula esok

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasmi Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd akan memulakan perkhidmatan percubaan van perantara LRT bagi laluan T252 dari PPR Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ujian percubaan ini akan dilaksanakan selama 4 bulan mulai esok, iaitu dari 16 November 2020 sehingga 16 Mac 2021 menggunakan 3 buah van berwarna merah jambu dan berkapasiti 10 orang penumpang. Perkhidmatan ini disediakan setiap 20 minit dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dengan kadar tambang RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch ‘N Go dan Kad Konsesi sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij, laluan T252 ini merupakan laluan baharu yang sebelum ini tidak dapat dilalui oleh bas Rapid KL kerana adanya jalan-jalan yang terlalu sempit bagi kenderaan yang lebar.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambah beliau, pihaknya berharap penduduk di sekitar laluan baharu ini dapat mencuba perkhidmatan ini serta memberikan maklum balas kepada kami mengenai T252 ini. Segala maklumat dan maklum balas yang dikumpulkan akan dianalisis bagi tujuan pertimbangan Prasarana sama ada akan meneruskan atau mengembangkan perkhidmatan ini pada masa hadapan.

Bagi mengetahui lokasi semasa van, pelanggan digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian Rapid KL Helpline – 03- 7885 2585 (Isnin hingga Jumaat: 7 pagi hingga 8.30 malam Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 8.30 pagi – 5.30 petang) atau melalui laman media sosial Rapid KL atau emel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply