ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dari 6 jam jadi 2 jam je – Polis Itali hantar organ ke hospital dengan Lamborghini Huracán

Berita Global

Views

Kereta peronda jenis Lamborghini Huracán telah digunakan oleh Polis Itali untuk menghantar organ buah pinggang pesakit yang memerlukan pembedahan segera di hospital bagi mempercepatkan tempoh perjalanan. Video proses penghantaran organ tersebut telah dimuatnaik ke akaun Twitter rasmi Polizia di Stato baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Reuters, tempoh perjalanan dari bandar utara Padia ke Rom biasanya memakan masa sekitar enam jam melalui lebuh raya dengan jarak perjalanan lebih 490km. Namun pihak polis hanya memerlukan masa dua jam sahaja dengan supercar berenjin 5.2 liter V10 yang mampu menghasilkan 630 kuasa kuda dan 442 lb-ft daya kilas itu.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Buah pinggang itu selamat tiba di hospital Gemelli di Rom pada 20 Oktober lalu. Menurut Wanted In Rome, polis telah memecut sehingga 230 km sejam dengan Huracán itu semasa misi tersebut selain membunyikan siren dan menyalakan lampu. Menerusi ciapan di Twitternya, Polis Itali berkata pihaknya berterima kasih kepada Lamborghini Huracán kerana dapat menghantar organ penderma kepada pesakit tepat pada waktunya.

Tambah mereka lagi, demi menyelamatkan nyawa anda tidak semestinya perlu mempunyai kuasa luar biasa – solidariti, teknologi dan kecekapan juga turut membantu. Menurut artikel yang disiarkan oleh CNN pada tahun 2017, model yang sama turut digunakan oleh polis untuk menghantar darah dan organ dalam keadaan darurat selain turut digunakan untuk ‘menghambat’ pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Sumber : Yahoo! News

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply