ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bakal perkenalkan SUV kompak pada separuh kedua 2020 – Kenanga Research

Berita Tempatan

Views

Kenanga Research melaporkan, Perodua sedang merancang untuk memperkenalkan SUV kompak 5-tempat duduk (namakod D55L) yang dibangunkan dari model Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Jepun pada separuh kedua tahun 2020.

Firma penyelidikan itu turut menyatakan bahawa SUV Perodua itu nanti, secara tidak langsung akan bersaing dengan SUV Proton X50 (dibangunkan dari model Geely Bin Yue), yang juga dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2020.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Selain X50, Proton juga merancang memperkenalkan sebuah model kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berdasarkan Geely Jia Ji pada tempoh yang sama. Sementara itu, jualan Proton dijangka meningkat dengan pengenalan model pemasangan tempatan (CKD) X70 yang dijangka pada separuh pertama tahun ini.

Menurut laporan Kenanga Research, jualan kereta pada 2020 dijangka meningkat dengan pelancaran beberapa model seperti Honda Accord dan Civic facelift, Mazda CX-30, Honda City baharu dan Nissan Almera. Jualan industri pada tahun 2020 dijangka sekitar 612,000 unit.

Mereka percaya, keadaan makroekonomi yang lemah dan kemungkinan penundaan pelancaran kereta baharu yang berpunca dari kelewatan penetapan harga (antara 3 hingga 5 bulan) akan diimbangi oleh pelancaran baharu yang menarik, terutamanya oleh jenama bukan nasional dan program insentif yang lebih baik di bawah Dasar Automotif Negara (NAP 2020).



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Laporan itu turut mengatakan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memutuskan untuk meningkatkan kekerapan mesyuarat bulanan yang diadakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC), dipengerusikan oleh MITI, dari satu hingga dua kali sebulan bagi mempercepatkan proses kelulusan harga kenderaan.

Selain itu, MITI telah menubuhkan satu majlis perdagangan dan penasihat (TIAC), yang akan membincangkan isu-isu mengenai subjek yang terdiri daripada pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) kepada Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) dalam mesyuarat akan datang (dengan sekurang-kurangnya empat mesyuarat / tahun).

Sumber : CarSifu.my

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply