ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berbalah mengenai isu penjualan PLUS antara punca PH rebah?

Spekulasi

Views

Kalau ikutkan kami tidak berminat untuk menyentuh soal politik, namun disebabkan isu ini ada berkait dengan lebuh raya, kami kongsikan juga berita ini. Menurut portal Mykmu.net, konflik di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkait rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menerima bidaan syarikat konglomerat Maju Holdings mengambil alih PLUS Malaysia Bhd disebut oleh Bloomberg sebagai salah satu asbab gabungan politik itu porak-poranda minggu lalu.

Laporan yang memetik sumber yang tidak dinamakan itu berkata, cadangan itu telah ditentang oleh DAP “kerana rekod lampau Maju Group dan hubungan rapatnya dengan Mahathir”. Kata sumber tersebut, kerajaan akhirnya menolak semua bidaan ke atas PLUS dan menstruktur semula konsesi tersebut untuk mengurangkan kadar tol lebuh raya, bukan menghapuskannya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Januari lalu, Putrajaya membuat keputusan untuk tidak menjual lebuh raya sepanjang lebih 800km yang dimiliki oleh PLUS, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), lebuh raya ELITE dan jambatan Pulau Pinang.

Sebaliknya Mahathir mengumumkan bahawa PLUS akan kekal dengan 2 pemiliknya, iaitu dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional yang menguasai 51 peratus melalui UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 49 peratus kepentingan, sementara kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus dengan jaminan tiada kenaikan untuk tempoh 30 tahun lagi.

Putrajaya sebelum itu berkata, ia akan mengkaji cadangan pengambilalihan PLUS sekiranya ia memenuhi keperluan negara dan memberi keuntungan kepada pengguna jalan raya dengan kadar tol lebih rendah. Selain Maju Group yang membuat bidaan melalui Maju Holdings, 3 cadangan lain diterima daripada Widad Business Group, RRJ Capital dan tawaran usaha sama daripada taikun Halim Saad dan Wong Gian Kui.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Laporan Bloomberg mendakwa, Maju Holdings “sangat yakin tawaran mereka akan diterima menyebabkan syarikat itu mula menghubungi bank bagi mendapatkan pembiayaan, hatta sebelum keputusan dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 9 Januari.”

Selepas kerajaan mengumumkan keputusannya, pengerusi eksekutif Maju Group Abu Sahid Mohamed menuduh Khazanah tidak memaklumkan keputusan itu lebih awal kepada syarikatnya. Kata Abu Sahid kepada Free Malaysia Today (FMT), beliau mempertikaikan keputusan mengapa kerajaan tidak mahu menjual PLUS dan tidak dimaklumkan mengenainya.

Gabungan PH tumbang minggu lalu berikutan tindakan ahli Parlimennya keluar parti bagi menubuhkan satu blok politik baharu dengan sokongan Umno, PAS dan GPS. Berikutan kebuntuan selama seminggu, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Muhyiddin Yassin untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8, akibat kegagalan PH menentukan calon perdana menteri mereka secara muktamad.

Dalam pada itu, laporan Bloomberg itu juga mendakwa faktor lain yang memecahkan PH ialah rancangan pemulihan syarikat seperti Malaysia Airlines dan FGV Holdings. Ia juga mendakwa pakej rangsangan sebanyak RM20 bilion yang diumumkan oleh Mahathir minggu lalu “diubah” daripada versi asal yang disediakan oleh menteri kewangan Lim Guan Eng.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply