ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 100,821 unit kereta pada tahun 2019

Berita Tempatan

Views

Tahun 2019 menyaksikan Proton berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 100,821 unit (eksport + domestik) dan ia merupakan kali pertama pengeluar tersebut melepasi angka jualan 100,000 unit sejak tahun 2015. Bulan Disember mencatatkan jualan tertinggi iaitu sebanyak 11,117 unit, meningkat sebanyak 112 peratus berbanding bulan yang sama pada 2018.

Jumlah ini bersamaan 20.5 peratus dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pada bulan Disember dan ia juga merupakan kali pertama mereka menjual lebih daripada 11,000 kereta dalam tempoh sebulan sejak Julai 2014. Model-model yang menjadi pemangkin kepada kejayaan ini adalah SUV X70, serta empat model naik taraf yang dilancarkan pada tahun 2019 iaitu Saga, Persona, Iriz dan Exora.

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

X70 masih lagi kekal sebagai SUV premium terlaris di Malaysia dengan jualan sebanyak 26,331 unit. Saga pula menjadi sedan segmen A paling popular dengan jualan sebanyak 3,892 unit pada bulan Disember. Secara keseluruhan jualan Saga untuk 2019 adalah sebanyak 38,144 unit, bersamaan peningkatan sebanyak 36 peratus.

Persona pula mencatatkan jualan sebanyak 3,384 unit pada bulan Disember, sekali gus meletakkannya di kedudukan teratas dalam segmennya bagi bulan tersebut. Jumlah jualan keseluruhannya masih meningkat 29 peratus iaitu meskipun terdapat beberapa bulan yang mana jualan tidak begitu memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, X70 dan Saga menjadi pendorong utama di atas pertumbuhan jualan cemerlang syarikat pada tahun lalu. Untuk tahun 2020, Proton yakin dapat mengekalkan angka tersebut kerana mereka kini mempunyai sekurang-kurangnya tiga model di tangga teratas dalam segmen masing-masing.



JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!

Prestasi Iriz dan Exora juga tidak kurang hebatnya kerana Iriz mencatatkan jualan hampir dua kali ganda untuk tahun ini dan meningkat sebanyak 97 peratus selepas dilancarkan pada bulan April. Exora versi terbaharu pula yang diperkenalkan pada akhir bulan Mei lalu, menunjukkan pertumbuhan jualan sebanyak 40 peratus meskipun ia telah berada di pasaran lebih sedekad yang lalu.

Selain pengenalan empat model yang dinaik taraf, Proton juga menumpukan pada peningkatan kualiti produk dan pada akhir tahun 2019, skor kualiti GCPA audit dalamannya adalah sebanyak 1190 mata, peningkatan lebih daripada enam kali ganda berbanding tahun 2017 semasa. Proton juga merancang untuk membuka lebih banyak pusat jualan pada tahun 2020.

Setakat 31 Disember 2019, mereka telah mempunyai sebanyak 120 cawangan 3S/4S  yang beroperasi di seluruh negara. Mereka kini mendahului antara semua jenama bagi bilangan cawangan tersebut dan akan menambah jumlah itu bagi tahun 2020. Untuk tahun ini, Proton akan terus melabur dengan lebih banyak lagi untuk membuka lebih banyak cawangan dan program latihan untuk memastikan para pelanggan dapat menikmati tahap perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply