ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua rangkul Emas ketiga berturut-turut Anugerah Jenama Putra

Berita Tempatan

Views

Buat tahun ketiga berturut-turut, Perodua telah berjaya merangkul Emas dalam kategori Automotif di Majlis Anugerah Jenama Putra 2019 yang berlangsung semalam. Ini sekaligus menyaksikan mereka dinamakan sebagai salah satu jenama automotif kegemaran Malaysia.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pengiktirafan ini memotivasikan dan menggalakkan mereka untuk bekerja lebih keras seiring dengan objektif utama, iaitu People First, yang mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Naib-Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim mewakili Perodua untuk menerima anugerah pada malam itu. Kali pertama Perodua memenangi Emas pada 2017 dan yang kedua pula pada tahun berikutnya. Anugerah Jenama Putra mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara awam, melibatkan lebih 8,000 responden unik tahun ini.

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), ia merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Acara ini turut disokong oleh Persatuan Digital Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply