ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler bawa muatan kereta Proton kemalangan, pemandu cedera parah

Berita Tempatan

Views

Enjin tercabut, pelbagai bahagian treler berterabur di jalanan selain keadaan beberapa kereta bergelimpangan.

Itu gambaran kemalangan membabitkan treler terbabas dan melanggar penghadang jalan serta tiang jejambat di Kilometer (KM) 263.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, 10.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu treler parah selepas tercampak keluar, manakala tiga kereta yang dibawa turut jatuh di atas jalan raya dan menyebabkan pengguna jalan raya menyangka treler terbabit sudah menyondol beberapa kereta di lebuh raya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Nanda berkata, treler itu membawa muatan enam kereta yang belum berdaftar. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke arah Johor Bharu.

Apabila tiba di lokasi kejadian, treler hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya.

Pemandu treler dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan sedang menerima rawatan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sementara itu, tinjauan mendapati kejadian menyebabkan lorong kanan ditutup bagi kerja pengalihan kenderaan dan pembersihan mengakibatkan kesesakan kira-kira 10 km di kedua-dua arah.

Sehingga 1 tengah hari tadi, keadaan masih lagi sesak namun mula bergerak lancar susulan kerja pengalihan treler dan pembersihan hampir selesai. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply