ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pukul isteri guna topi keledar, buruh dipenjara 15 bulan

Berita Tempatan

Views

Perbuatan seorang buruh kampung yang memukul isterinya dengan topi keledar minggu lalu akhirnya berbalas apabila Mahkamah Majistret di Gua Musang hari ini memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 15 bulan.

Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, menggunakan topi keledar pada bahagian kepalanya di hadapan sebuah kedai makan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 kira-kira pukul 5 petang pada 25 Januari lalu.

Mohd. Shamsuri didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

Terdahulu, Ahmad Firdaus dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan terhadap tertuduh kerana perlu bekerja untuk menyara ibu dan lima orang anaknya.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara selama 15 bulan terhadap Mohd. Shamsuri bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply