ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Honda Elmina Motors dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S terbaharu mereka yang dimiliki oleh Elmina Motors Sdn. Bhd. (Elmina Motors). Ia terletak di lokasi dengan kemudahan akses menerusi Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya DASH.

Pusat 3S terbaharu ini akan menawarkan kemudahan kepada para pelanggan yang tinggal di sekitar Shah Alam dan kawasan yang berhampiran. Ini merupakan Pusat 3S yang ke-28 Honda di kawasan tengah dan pembukaannya tepat pada masa bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan selepas-jualan selain menepati kehendak pelanggan yang berminat untuk memiliki kereta Honda.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, pihaknya yakin pembukaan Pusat 3S baharu ini bakal menyumbang kepada usaha Honda Malaysia untuk menyokong ekonomi negara. Di sini para pelanggan untuk memandu uji model Honda termasuk tiga model menarik seperti Accord baharu, Civic dan BR-V facelift.

Elmina Motors telah membelanjakan sebanyak RM21.8 juta untuk membina fasiliti ini yang berkeluasan 85,377 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan 20 ruang, yang merangkumi 12 ruang servis, 4 ruang pembaikan umum, 2 ruang tayar dan masing-masing 1 ruang servis pendingin hawa dan elektrikal. Secara keluruhannya, ia mampu untuk menyelenggara sehingga 30 buah kereta sehari.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kemudahan di pusat ini antaranya, ruang rehat (lounge) yang selesa, Wi-Fi percuma, Sudut Kanak-kanak, makanan dan minuman percuma di ruang makan serta surau. Elmina Motors turut menawarkan perkhidmatan tambahan seperti cuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan polisi insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Elmina Motors di Lot 72292, Jalan Pekan Subang, Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor atau boleh menghubungi mereka di talian 1300-800-555 – Elmina Motors (Pusat 3S Honda) atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply