ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua kembali ceriakan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Perodua telah menyumbang satu set videoskop fleksibel mudah alih kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, manakala 250 pesakit pediatrik yang kurang berkemampuan menerima sumbangan merangkumi peralatan sekolah dan cermin mata preskripsi.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Daripada 250 pesakit kanak-kanak tersebut, 200 pesakit berusia di bawah 12 tahun menerima alat tulis sementara 50 pesakit luar diberikan cermin mata preskripsi. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Malaysia kini menunjukkan tanda-tanda positif dalam memerangi COVID-19 dan pihaknya sedang mengkaji keutamaan lain dalam memastikan kualiti hidup bertambah baik di negara ini.

Tambah beliau, sumbangan mereka di sini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah kerana menjalankan tugas menjaga pesakit tanpa kenal penat lelah dan dengan penuh kasih sayang.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Kali pertama Perodua mengunjungi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 2018, dengan menyumbang dua set laryngoscope blades dan 40 bantal, serta barangan mainan untuk kira-kira 250 pesakit kanak-kanak di sana.

Kata Datuk Zainal lagi, berdasarkan maklum balas daripada pihak hospital, pihaknya telah memutuskan untuk terus membantu institusi kesihatan ini bagi meningkatkan kemampuannya serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat Malaysia yang telah memberi sokongan pada kepada jenama tersebut selama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply