ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja lelaki pandu Myvi tanpa lesen, rempuh Bezza hingga terlanggar tembok balai polis

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja lelaki terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh kenderaan lain lalu melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom, malam kelmarin.

Remaja tersebut yang merupakan pembantu kedai berusia 19 tahun bagaimanapun didapati memandu tanpa lesen.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila remaja tersebut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Sungai Buaya Jenjarom dari Banting.

Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan semasa membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di hadapan balai polis tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Akibat daripada perlanggaran itu Perodua Bezza bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom.

Namun, pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kemalangan dengan ujian air kencing terhadapnya adalah negatif.  Semakan mendapati pemandu itu bagaimanapun tidak mempunyai lesen.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222 dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply