ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Road tax’ mati, pemandu Ferrari 488 Spider beri alasan ‘sibuk dan lupa’

Berita Tempatan

Views

Sibuk kerja dan lupa‘. Itu alasan diberikan pemandu kereta Ferrari 488 Spider ketika ditahan di Lebuhraya Guthrie dekat Shah Alam, Khamis lalu atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan menerusi operasi harian oleh Stesen Penguatkuasa (SPK) Elmina JPJ Selangor.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati LKM kereta terbabit telah tamat tempoh. Katanya, alasan yang diberi pemandu terbabit ialah kesibukan kerja dan lupa.

Katanya, operasi rondaan turut diadakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Kata Khairul Khar, sebanyak 126 kesalahan dikesan antaranya lesen memandu kompeten (CDL) (21 kes), lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (19 kes), tiada perlindungan insurans (19 kes) serta teknikal (54 kes).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pasukan operasi turut bertindak menyita enam motosikal jenis Honda EX5 atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya, SPK Elmina sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, boleh disalurkan oleh orang awam kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – BuletinTV3

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply