ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Sekolah wheelie’ digempur Polis Johor

Berita Tempatan

Views

Taman Kota Masai, Johor Bahru yang dikenali sebagai ‘sekolah wheelie‘ digempur Polis Johor susulan banyak aduan mengenai kegiatan lumba haram sehingga mengganggu penduduk di kawasan itu. Menurut Sinar Harian, operasi bersepadu itu susulan arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi membasmi kegiatan ekzos bising di seluruh negara.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh dua minggu, bermula 1 hingga 14 Mac lalu, pihaknya telah mengeluarkan 817 saman dan menyita 276 kenderaan dalam Ops Khas Ekzos Bising. Ops khas ini diadakan secara bersepadu dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan 110 operasi sepanjang tempoh itu dan memeriksa 4,440 kenderaan dan mereka yang ditahan berusia di antara 13 hingga 22 tahun. Tambahnya, jumlah notis dan kompaun yang dikeluarkan oleh JAS sebanyak 138 manakala JPJ sebanyak 146. Jelasnya, operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas kenderaan persendirian yang diubahsuai secara menyeluruh di semua peringkat kontinjen dan daerah.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Bagi kesalahan melakukan pengubahsuaian ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam, mereka berdepan hukuman di bawah Kaedah 103 iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan/Penggunaan)1959 (LN 170/59) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

Kata Ayob Khan lagi, tindakan sita juga diambil di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang dan pemilik dikehendaki menggantikan ekzos yang diubahsuai kepada elzos asal, sebelum diserahkan semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply