ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sukar dapat bekalan, harga ‘minyak gear original’ melambung 20 hingga 30 peratus

Berita Tempatan

Views

Pengguna di negara ini kini terpaksa membayar lebih bagi menukar minyak gear yang mengalami kenaikan harga antara 20 hingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu.

Kenaikan itu sekitar RM11 bagi seliter pada 2022 yang kebiasaannya minyak gear original dijual pada harga RM28 bagi satu liter.

Di Pulau Pinang, seorang pengusaha bengkel, Ah Hock, 50-an, berkata, sekarang ini bekalan mi­nyak gear original sukar didapati sehingga ada yang menggunakan minyak tiruan.

Ah Hock berkata, “kalau minyak gear original, memang susah nak dapat (stok) sebab keluaran tak menentu. “Kalau datang dengan pakej yang banyak, harga akan murah. Begitulah sebaliknya.

Sebab itu harga tidak menentu. Pengeluar utama yang tentukan harga, bukannya pengusaha bengkel,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di bengkelnya di Telok Ayer Tawar, kelmarin.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Tambah Ah Hock, harga bagi satu liter minyak gear (original) adalah dalam lingkungan RM34 hingga RM35 sebotol, manakala harga bagi 1.5 liter dianggarkan RM50.

Sebelum ini, harga bagi mi­nyak gear jenama biasa dijual RM28 untuk satu liter. Di Perak, menurut jurucakap syarikat Syumul Jati Enterprise, kadar kenaikan yang berlaku secara berperingkat-peringkat tersebut turut melibatkan alat ganti kenderaan.

Jelasnya, pembekal memaklumkan mereka bahawa kenaikan harga itu adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan alat ganti asli (OEM) yang rata-rata­nya diimport dari negara pengeluar seperti China, Thailand dan China.

Masalah ini bermula sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Ia menyebabkan syarikat pengeluar OEM tidak dapat beroperasi sehinggalah baru-baru ini apabila ekonomi kembali pulih.

Di Terengganu, harga minyak pelincir di pusat-pusat servis kenderaan di negeri ini mengalami kenaikan antara RM10 dan RM20 bagi botol empat liter berbanding sebelum ini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan, Jason Ng, 37, berkata, kenaikan itu sudah bermula sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, bukan sahaja minyak pelincir malah alat-alat ganti kenderaan. Pelbagai jenis alat ganti kereta dan minyak pelincir terpaksa dijual pada harga lebih mahal.

Di Selangor pula, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Platinum Oil & Gas Sdn.Bhd., Azizi Mastuki berkata, kenaikan harga mi­nyak mentah dunia ketika perang Ukraine dan Rusia lalu jelas memberikan impak dari segi rantaian bekalan di peringkat dunia.

Katanya, peperangan juga mempengaruhi produk berkaitan minyak sama ada minyak gear atau minyak hitam yang amat diperlukan dalam sistem penyelenggaraan kenderaan.

“Kalau dulu, caj untuk servis minyak enjin, filter minyak, mi­nyak gear dan lain-lain di kedai biasanya sekitar RM230 hingga RM250 sahaja. sekarang naik sehingga lebih RM300,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply