ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sunway iLabs dan Carsome lancar program pemecut ekosistem auto pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Sunway Innovation Labs (iLabs), cabang inovasi Kumpulan Sunway mengumumkan kerjasama dengan Carsome untuk melancarkan program pemecut ekosistem auto, dikenali sebagai Carsome Mobility Lab.

Dilancarkan pada suku ketiga 2022, ia bakal menjadi pemecut fokus ekosistem auto pertama di Malaysia yang menyokong syarikat pemula niaga (startup) teknologi global untuk memberikan penyelesaian mampan dalam pasaran sedia ada Carsome.

Program ini akan menyediakan platform holistik untuk pemula niaga dalam ekosistem auto kepada skala dengan menyediakan bimbingan, peluang untuk pembiayaan dan akses kepada peluang perkongsian melalui rangkaian usahawan, pemodal teroka, korporat dan pakar industri Sunway dan Carsome.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Pemula niaga yang terpilih akan ditawarkan peluang unik untuk berhubung dengan 13 bahagian perniagaan Sunway dan ekosistem Sunway City Kuala Lumpur serta pendanaan yang meluas Kumpulan yang terdiri daripada Orbit Malaysia, SunSEA Capital, Gobi Partners dan The HIVE SEA untuk pembiayaan dan peluang pelaburan.

Ini adalah selaras dengan visi Sunway untuk meletakkan Sunway City Kuala Lumpur sebagai makmal yang membawa masuk pakar untuk menjana penyelesaian dunia sebenar yang mampan untuk ruang bandar masa hadapan ke arah penambahbaikan alam sekitar dan manusia.

Menurut Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Eric Cheng, ini merupakan program yang pertama seumpanya di rantau Asia Tenggara untuk mengenal pasti, menjadi rakan kongsi dan skala syarikat pemula niaga yang inovatif.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway dan Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen, berkata pihaknya yakin pemecut ekosistem auto yang pertama seumpanya di Malaysia ini akan membantu meningkatkan pemula niaga ke tahap seterusnya dengan memanfaatkan rangkaian, pasaran, mentor dan pembiayaan yang ditawarkan oleh Carsome dan Sunway.

Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Digital dan Strategik Kumpulan Sunway Evan Cheah pula berkata, Kumpulan Sunway telah melabur lebih RM 200 juta dalam syarikat pemula niaga dan pembinaan usaha niaga sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kekal komited untuk melengkapkan serta membolehkan perniagaan dalam membangunkan inovasi tempatan yang lebih hebat.

Tambah Ketua Penggabungan & Pemerolehan dan Strategi Ekosistem Kumpulan Carsome, Digbijoy Shukla, pihaknya berharap kerjasama dengan Sunway ini dapat membantu syarikat pemula niaga di seluruh Asia Tenggara untuk membawa inovasi termaju yang akan memberi manfaat kepada keseluruhan ekosistem auto.

Bagi syarikat pemula niaga yang berminat dengan Carsome Mobility Lab, layari https://sunway.my/CarsomeMobilityLab.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply