ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

‘Super KIP’ umum persaraan – MAM cuba pujuk

Sukan Permotoran

Views

Akhirnya setelah dilanda beberapa kemelut berhubung prestasi yang semakin merudum sehingga hilang tempat dalam pasukan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto3 musim depan, pelumba muda negara Khairul Idham Pawi mengumumkan persaraannya dalam satu temubual eksklusif bersama dengan Astro Arena.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Tempat pelumba negara yang digelar ‘SuperKIP‘ dalam saingan Moto3 musim depan akan diambil oleh pelumba kelahiran Scotland, Darryn Binder. Setakat ini pelumba tersebut masih belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan, sekaligus membuatkan para peminat sukan lumba motosikal di Malaysia tertanya-tanya, ke manakah arah tujuannya selepas ini.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan banyak pihak dan menurut rakan media di MotoMalaya.net, Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mahu pelumba muda negara itu terus diberi peluang dalam sukan permotoran. Sehubungan itu, Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli, mengumumkan yang pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Khairul Idham pada 15 Disember ini bagi mengetahui masalah sebenar.

Jelasnya, Khairul Idham adalah seorang pelumba berbakat dan masih ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya. Pelumba tersebut telah mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi dua pusingan (GP Argentina dan GP Jerman) dalam satu musim pada 2016 pada usia 18 tahun.

Semoga ada sinar baharu buat Super KIP nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS SRT

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply