ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek raba wanita diburu polis

Berita Tempatan

Views

Polis kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah di Kota Bharu kelmarin. Menurut K!ONLINE, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di lorong berkenaan untuk ke tempat kerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang berjalan bersendirian sebelum dihampiri oleh sebuah motosikal jenis Honda C90 yang ditunggang oleh seorang lelaki dari arah belakang.

Lelaki terbabit kemudian bertindak meraba bahagian punggung mangsa sebelum memecut motosikal yang ditunggangnya. Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada hari yang sama berhubung kejadian itu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Wan Khairuddin berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat.

Katanya, berdasarkan semakan nombor siri pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur. Motosikal itu berkemungkinan sudah dijual, namun nama pemilik masih belum ditukar. Sehubungan dengan itu, polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Ujar beliau, pihaknya juga meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui dan mengenali suspek supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan. Tambah Wan Khairuddin, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply