ARKIB

KATEGORI

Buletin

SWCorp dah panggil individu tular buang sampah tepi jalan

Tular

Views

Video empat individu membuang sampah di tepi jalan di Taman Nusantara Prima di Iskandar Puteri, tular di Tik Tok sejak petang Ahad mengundang pelbagai kecaman warganet.

Menurut Astro AWANI, video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

SWCorp Johor dalam kenyataannya memberitahu siasatan telah dijalankan bagi mengesan pelaku berdasarkan aduan salah laku pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang ditularkan di akaun Tik Tok pada 11 Januari lalu.

Pelaku dikesan melalui nombor pendaftaran kenderaan dan Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan. Pelaku hadir ke Pejabat SWCorp Cawangan Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Menurut SWCorp Johor, kes disiasat mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply