Nampaknya Perodua telah membuat penambahbaikan paling ketara untuk sistem stereng Axia 2023 (D74A). Model generasi kedua Axia ini nanti akan dilengkapi stereng boleh condong (tilt), namun hanya untuk varian X dan ke atas sahaja.
Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV dan ini bermakna, hanya varian paling rendah iaitu G yang akan memakai stereng tanpa pelarasan.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Pada kami ia sudah cukup baik kerana model generasi pertama Axia (D93L) langsung tiada ciri berkenaan, sehingga ke akhir kitaran hayatnya (end of lifecycle – EOL).
Dengan adanya ciri stereng boleh condong, ia akan memberi kelebihan dari segi posisi pemanduan yang lebih selesa.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Jika anda perasan, dalam brosur yang disiarkan sebelum ini, memperlihatkan imbasan butang dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive). Nampaknya stereng itu berkongsi komponen bersama Myvi facelift (2022).
Ini bermakna, model generasi kedua Bezza sudah pasti akan mempuntai ciri sedemikian kerana kita semua tahu, yang model sedan segmen-A itu berkongsi pelantar dan komponen bersama Axia.
Menurut Mat Bond, Perodua sedang rancak memasang Axia 2023 (D74A) di Rawang dan dikatakan jumlah unit yang dihasilkan sudah hampir menyamai pengeluaran Bezza. Kita nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI