ARKIB

KATEGORI

Tular

Tabur paku atas jalan, pemandu Nissan Almera ditahan

Tular

Views

Polis telah menahan pemilik kereta Nissan Almera yang dipercayai terlibat dalam kejadian menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 45 tahun itu diberkas di Changkat Larang, Lahat pada pukul 3 pagi semalam dan tangkapan itu dibuat hanya selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.

Tambah beliau, suspek kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di Twitter yang memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab individu itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply