ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota catat jualan 9,136 unit kenderaan pada Mac

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor menutup suku pertama 2023 dengan angka jualan positif apabila mendaftar 9,026 unit Toyota dan 110 unit Lexus pada Mac, jualan tertinggi bagi suku dikaji.

Secara keseluruhan, jualan pada Mac direkodkan kepada 9,136 unit (Toyota + Lexus), berbanding 9,297 unit (Toyota + Lexus) yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Bagi tempoh tiga bulan, UMW Toyota Motor menjual 25,219 unit kenderaan berbanding 22,447 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu, meningkat positif 12 peratus.

Mac juga menyaksikan pelancaran Toyota Vios serba baharu, sedan subkompak popular yang telah menjadi laris di pasaran kereta bukan nasional Malaysia sejak diperkenalkan pada 2003.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model baharu dan dinanti-nantikan itu menawarkan prestasi yang lebih baik, pecutan lebih pantas dan teknologi baharu, menjadikannya pilihan yang lebih menarik untuk pelanggan yang mencari kereta yang boleh dipercayai, cekap dan mampu milik.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran, berkata Vios serba baharu melambangkan komitmen syarikat untuk menyediakan kenderaan terbaik dan pengalaman pemilikan kepada pelanggan.

Ujar beliau, Vios serba baharu pastinya menjadi model yang pihaknya banggakan di jalan raya dan berharap rakyat Malaysia akan dapat menikmati pemanduannya.

Bersempena Ramadan, UMW Toyota Motor menawarkan promosi ke atas model terpilih bernilai sehingga RM8,000, 100 peratus pembiayaan pinjaman dan promosi Toyota Service Savers dengan ansuran bulanan serendah RM22.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam pada itu, UMW Toyota Motor menganjurkan majlis penanaman pokok (UMW Green Shoots Initiative) bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia di Tanjung Tuan, Melaka sempena acara Raptor Watch 2023.

Inisiatif itu adalah untuk menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan dan sepadan dengan tiga objektif Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Ia juga sejajar dengan komitmen Toyota Motor Corporation untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Anak pokok bakau ditanam untuk membantu dalam pemulihan ekosistem paya bakau di Tanjung Tuan, yang musnah akibat tumpahan minyak pada 2020 yang menyumbang kepada langkah mengimbangi pelepasan karbon dioksida di Malaysia.

Sejumlah 6,100 pokok telah ditanam oleh 250 sukarelawan terdiri daripada kakitangan sukarelawan, pelajar dan guru dari Universiti Putra Malaysia, Serdang dan Politeknik Port Dickson, Taylor’s University. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply