ARKIB

KATEGORI

Tular

Agong ‘mendahulukan rakyat’, beri laluan kepada ambulans

Tular

Views

Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang memandu motoked serta memberikan laluan kepada ambulans menunjukkan keprihatinan baginda yang berjiwa rakyat.

Menerusi video dimuat naik Istana Negara pada media sosial rasmi, baginda yang sedang memandu serta diiringi pengiring segera memberikan laluan kepada ambulans tersebut yang berada di lorong paling kanan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang, petang semalam.

“Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked baginda,” menurut penerangan video oleh Istana Negara.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi pujian kepada baginda apabila mengutamakan kebajikan rakyat.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Agong berjiwa rakyat, Daulat Tuanku. Semoga sihat selalu dan dirahmati Yang Maha Esa,” komen AriosJohn.

“Alhamdulillah terima kasih Tuanku menunjukkan contoh yang terbaik,” kata sahilah21. “DYMM telah bukitkan kasih baginda kepada hamba rakyat.

Menjunjung kasih Tuanku kerana memberi tauladan yang amat luar biasa untuk hamba rakyat,” ujar user49058328843215. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply