ARKIB

KATEGORI

Tular

Penunggang motosikal buat aksi ‘wheelie’ lengkap berbaju raya diburu polis

Tular

Views

Polis sedang memburu penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi berbahaya (wheelie), dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Penunggang motosikal diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi menjalankan siasatan lanjut memandangkan aksi yang dilakukan adalah secara berbahaya. Ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah JSPT, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis berdekatan dengan kadar segera.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Baru-baru ini video tersebut tular di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai kerana berani mempamerkan aksi berbahaya di atas jalan raya.

Di dalam video tersebut, kedua-dua lelaki dan wanita tersebut memakai sepersalinan baju melayu dan kurung berwarna biru muda.

Mereka juga mempamerkan aksi berbahaya (wheelie) sambil menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios bahar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply