Bila sebut pasal supermoped Modenas, pasti ramai peminat jentera dua roda di luar sana yang akan tertanya-tanya bilakah model ini akan dilancarkan? Model yang paling dinanti-nantikan oleh peminat setia jenama Modenas ini telah menjadi topik ‘membawang’ hangat sekitar tahun 2015 dan 2016.
Namun sehingga kini, kapcai tersebut masih belum dilancarkan lagi meskipun kami pernah menyiarkan foto intipan model ini dalam artikel terdahulu. Tatkala ramai yang menjangkakan projek ini bakal terkubur, ada ura-ura projek tersebut bakal disambung semula secara usahasama antara Modenas-Kawasaki dengan kos pembangunan yang dikatakan mencecah RM20 juta.
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
Menguatkan lagi spekulasi tersebut, rakan kami di Pandulaju.com.my memaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, projek supermoped masih lagi diteruskan, cuma pengeluar motosikal nasional itu sedang melakukan penambahbaikan dan mereka bentuk semula model berkenaan supaya sesuai dengan trend semasa.
Tambah beliau, agak mustahil untuk model itu muncul tahun depan kerana pihaknya perlu mereka bentuk semula luaran dan memperkenalkan ciri-ciri terkini yang sesuai dengan peredaran masa. Menurut sumber Pandulaju, pihak Modenas sebenarnya sedang membangunkan semula enjin supermoped tersebut tetapi ia menimbulkan kemusykilan kerana mereka telah melaburkan jutaan ringgit untuk membangunkan enjin di Austria sebelum ini.
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
Ada kemungkinan, enjin yang dibangunkan pada ketika itu masih lagi menggunakan teknologi karburetor yang agak ketinggalan berbanding model pesaing sedia ada yang menggunakan teknologi suntikan bahan api (FI). Kira-kira sedekad yang lalu, Modenas pernah menjemput rakan media menguji tiga prototaip enjin yang dipasang pada go-kart dan ketiga-tiga enjin itu bersesaran 150cc.
Menurut Pandulaju lagi, salah satu daripada prototaip enjin berkenaan memang cukup pantas dan responsif. Selain itu, pembangunan semula enjin supermoped 150cc itu perlu dibuat kerana ia sudah pasti gagal dalam regulasi Euro5. Nampak gayanya, kita mungkin perlu menunggu setidak-tidaknya dua atau tiga tahun dari sekarang untuk melihat kelibat sebenar supermoped di jalan raya Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
KOMEN TERKINI