ARKIB

KATEGORI

Buletin

CATL lancar bateri ShenXing, untuk EV mampu milik – Jarak pemanduan 400 km, masa mengecas 10 minit!

Berita Global

Views

Gergasi bateri automotif dari China, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) memperkenalkan bateri terbaharunya, ShenXing.

Apa yang lebih menarik, sel bateri baharu itu akan digunakan oleh model kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, yang membolehkan jarak pemanduan sehingga 400 kilometer dengan pengecasan selama 10 minit.

Bateri litium besi fosfat (LFP) itu menampilkan bahan elektrod yang diubah suai dan campuran elektrolit yang mempercepatkan pengecasan dan pada masa yang sama turut mengekalkan keselamatan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut CATL, bateri itu juga tahan terhadap masalah prestasi meskipun berada dalam keadaan sejuk. EV yang dilengkapi dengan bateri terkini tersebut dijangka memasuki pasaran pada awal 2024.

ShenXing melepasi kira-kira 30 peratus jarak 300 km yang diperoleh dari kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh Xpeng Motors, dengan masa pengecasan yang sama.

Kenderaan yang menampilkan pengecasan super pantas itu didatangkan dengan tanda harga lebih 400,000 yuan (RM254,996) dan secara amnya dikategorikan sebagai model kelas mewah.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Namun, ini adalah teknologi pengecasan pantas “untuk semua orang,” kata Ketua Saintis CATL Wu Kai, semalam.

Ini sekali gus memberi bayangan bahawa, pembekal utama Tesla itu sedang berusaha untuk menyediakan bateri terkini untuk model yang lebih murah.

CATL kekal sebagai pengeluar bateri EV terkemuka di dunia pada separuh pertama 2023, menguasai 36.8 peratus pasaran global, menurut SNE Research Korea Selatan. – Nikkei Asia

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply