ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan kenderaan bulan Julai 2023 cecah 63,676 unit, naik 27.5 peratus

Berita Tempatan

Views

Jualan kenderaan di Malaysia bagi Julai 2023 meningkat 27.5 peratus kepada 63,676 unit daripada 49,934 unit pada bulan sama tahun lalu, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata, jualan kenderaan penumpang adalah sebanyak 57,939 unit pada Julai 2023 daripada 44,574 unit pada Julai 2022, manakala jualan kenderaan komersial turut meningkat kepada 5,737 unit daripada 5,360 unit.

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, jualan melonjak kepada 429,807 unit berbanding 381,680 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah jualan kenderaan penumpang naik kepada 384,600 unit berbanding 338,326 unit pada tempoh sama 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 45,207 unit berbanding 43,354 unit tempoh sama 2022.

Jumlah jualan tujuh bulan pertama 2023 adalah 13 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2022.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji adalah 1.7 peratus lebih tinggi daripada Jun 2023 iaitu pada 62,593 unit.

TIV yang lebih tinggi sedikit pada Julai 2023 adalah disebabkan oleh normalisasi rantaian bekalan automotif dan pemenuhan tempahan yang diterima untuk pelancaran model baharu baru-baru ini.

MAA menambah, jualan kenderaan pada bulan ini pula dijangka lebih tinggi sedikit berbanding Julai 2023.

Ini berikutan pengenalan beberapa model baharu serta kempen promosi sempena Hari Kebangsaan oleh beberapa syarikat kereta.

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 66,862 kenderaan dikeluarkan pada Julai 2023 berbanding dengan 52,061 unit pada bulan sama tahun lalu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, pengeluaran kenderaan penumpang adalah sebanyak 62,558 unit pada bulan dikaji berbanding 48,002 unit pada Julai tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 4,304 unit daripada 4,059 unit sebelumnya.

MAA sebelum ini mengunjurkan TIV bagi tahun ini adalah 650,000 unit selepas melakar sejarah dengan 720,658 unit tahun lalu.

Pencapaian TIV tahun lalu mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan pasaran automotif iaitu 666,674 unit yang direkodkan pada 2015.

INFO: TIV antara 2018 hingga 2022

  • 2022 – 720,658 unit
  • 2021 – 508,911 unit
  • 2020 – 529,514 unit
  • 2019 – 604,287 unit
  • 2018 – 598,598 unit

Sumber: Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply