ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah boleh keluar berempat dalam satu kenderaan, tapi dengan syarat mesti dari rumah yang sama – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita baik buat semua! Jika beberapa hari lalu ketua keluarga lega kerana telah diberi kebenaran untuk keluar berdua dalam satu kereta, dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau memaklumkan yang kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran pada pemilik kenderaan persendirian untuk membawa maksimum empat orang dalam satu kenderaan.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Tetapi tegas beliau, dengan syarat ia mestilah dari satu rumah atau ahli keluarga yang sama dan tidak dibenarkan membawa kawan atau orang lain di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jika ada sesiapa didapati melanggar peraturan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Tambah beliau, bagi kenderaan awam pula, pengusaha atau syarikat hanya dibenarkan membawa separuh dari jumlah penumpang yang boleh dibawa. Sebagai contoh, jika sebuah bas boleh membawa 40 orang penumpang, dalam tempoh ini bas tersebut hanya boleh membawa 20 orang sahaja. Begitu juga dengan MRT atau LRT, yang jumlah penumpangnya akan dikurangkan separuh dan hanya boleh berdiri di tempat-tempat yang telah ditandakan sahaja bagi menjaga penjarakan sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply