ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perjalanan rentas negeri bermula Khamis depan

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menetapkan empat hari untuk perjalanan rentas negeri bermula Khamis (7 Mei) ini, bagi membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata tarikh perjalanan ditetapkan secara berperingkat mengikut negeri seperti berikut:

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

  • 7 Mei 2020 – Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung
  • 8 Mei 2020 – Dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 9 Mei 2020 – Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei 2020 – Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Beliau mengingatkan orang ramai supaya hanya membuat perjalanan mengikut negeri pada hari yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan teruk di lebuh raya. Jelas beliau, pihaknya menggalakkan kesemua mereka untuk melakukan perjalanan pada waktu malam iaitu selepas waktu berbuka dan ia lebih selesa untuk semua pengguna.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Huzir berkata orang ramai yang mengemukakan permohonan boleh membuat perjalanan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Beliau berkata tiada lagi kod QR akan dikeluarkan kepada orang ramai yang membuat permohonan seperti sebelum ini, tetapi polis boleh mengesan sekiranya mereka tinggal lama di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya atau tidak mematuhi perjalanan seperti yang dimohon.

Tambah beliau lagi, tujuan aplikasi ini adalah untuk memudahkan perancangan perjalanan orang ramai yang terkandas dan bukannya untuk mencari kesalahan dan pihaknya akan sedaya upaya memastikan keadaan trafik lancar sepanjang tempoh ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply