ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dinding parapet hempap kereta – SUKE arah kerja dihenti serta-merta

Berita Tempatan

Views

Susulan dari kejadian dinding parapet terjatuh daripada struktur binaan jejambat dan menimpa sebuah kereta di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan petang tadi, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengeluarkan arahan pemberhentian kerja di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), berkuat kuasa serta-merta.

 

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Menurut Berita Harian, SUKE dalam satu kenyataan, hari ini, mengesahkan kejadian itu di mana sebuah dinding parapet terjatuh daripada struktur binaan lebuh raya dan menghempap sebuah kereta di lokasi berkenaan. Sehubungan itu, pihak SUKE telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta-merta di tapak kejadian dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam menjalankan siasatan.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Tambah kenyataan tersebut, Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta terbabit. Menurut kenyataan itu lagi, pemandu kereta terbabit cedera ringan dalam kejadian berkenaan dan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan segera. Segala kesulitan timbul daripada insiden itu amat dikesali dan SUKE akan memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkat dari semasa ke semasa demi keselamatan semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply