ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar Hilux langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah, hadapi 3 pertuduhan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini atas tiga pertuduhan sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis, 3 Mei lalu. Tertuduh, K Kalaichelvan, 44, membuat pengakuan itu selepas faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu sebagai pemandu kenderaan NCT6563 memandu dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis yang menjalankan sekatan jalan raya Safwan Mohamad Ismail, 31.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa tidak mematuhi isyarat munasabah diberikan seorang pegawai polis yang dikehendaki orang atau kenderaan berhenti sebelum sampai sekatan jalan raya. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 (Akta 334) yang membawa hukuman penjara tidak lebih 12 bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau keduanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga pula, lelaki itu didakwa memandu dengan tidak memiliki lesen memandu yang membenarkan untuk memandu. Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333/87) dihukum dibawah Seksyen 26(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 atau tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih tiga bulan atau keduanya. Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 2.10 pagi di Lebuh Raya Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), 3 Mei lalu.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Timbalan Pendakwa Raya Norhana Saat memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 serta syarat tambahan untuk tertuduh melapor diri di balai polis. Peguam bela, Haijan Omar dan Ravin Jay yang mewakili tertuduh dikenakan jaminan yang lebih rendah kerana menjadi penanggung tunggal keluarga selain akan memberikan komitmen untuk hadir perbicaraan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain melapor diri di balai polis berhampiran lima hari bulan setiap bulan sebagai syarat tambahan. Mahkamah juga menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Koperal Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap Toyota Hilux. Mangsa bersama rakan setugas membuat sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply