ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elon Musk dapat cahaya mata, beri nama X Æ A-12?

Berita Global

Views

Sebut sahaja nama Elon Musk sudah pasti kita terus teringat kepada jenama kenderaan elektrik Tesla kan? Baru-baru ini beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama teman wanitanya yang merupakan seorang pemuzik, Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Apa yang menarik perhatian bukanlah berita kelahiran anaknya, tetapi nama anaknya yang agak pelik, ‘X Æ A-12’, dah macam formula fizik kan? Tambah pelik, pasangan ini juga tidak memberikan jantina kepada anak mereka walaupun jantina sebenarnya lelaki.

Menurut ciapan Twitter ibunya, pasangan ini mahu anak mereka bebas memilih jantinanya sendiri apabila dewasa kelak. Sebenarnya Musk telah mempunyai 5 orang anak dalam perkahwinan terdahulu dan X Æ A-12 adalah sulungnya bersama Grimes.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada peminat, akhirnya Grimes menerangkan maksud di sebalik nama anak mereka. Menurutnya, ia sangat berkait rapat dengan sains dan juga filem sains fiksyen, selain melambangkan salah satu lagu kegemaran Grimes yang berjudul Archangel.

Namun timbul persoalan sama ada ini adalah nama sebenar anak pasangan tersebut ataupun hanyalah ‘gurauan semata-mata’ buat peminat mereka. Musk berkata, beliau akan memanggil anaknya itu dengan nama Geoff. Kami rasa X Æ A-12 mungkin nama saintifiknya atau nama lain bayi tersebut di planet Marikh kot? Jangan marah ye Musk, kami gurau je!

Sumber : The Vocket dan Elon Musk

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter Elon Musk

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply