ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat sekeluarga termasuk kanak-kanak pengsan dalam Proton Exora

Berita Tempatan

Views

Empat individu didapati tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Plaza Tol Bentong, petang tadi.

Menerusi Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kejadian yang berlaku pukul 2.40 petang itu melibatkan seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong (arah ke Kuala Lumpur) dan punca kejadian masih dalam siasatan. Petugas JSPT yang berada di lokasi turut hadir membantu.

Kesemua mangsa yang pengsan dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

JSPT bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa sekeluarga dan berdoa semoga kesemua mangsa diberi kesembuhan seperti sedia kala.

JSPT turut menasihati orang ramai agar memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mengambil rehat secukupnya sebelum memandu ekoran cuaca panas terik dan hujan yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply