ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki tabur paku atas jalan ‘lalok’ dadah, tiada kaitan aktiviti tunda kereta

Berita Tempatan

Views

Polis menafikan dakwaan mengatakan lelaki yang ditahan kerana menabur paku di atas jalan raya semasa memandu kereta di Pusing, Batu Gajah Jumaat lalu, ada kaitan dengan aktiviti menunda kereta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri sebaliknya berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana berada di bawah pengaruh dadah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah. Suspek juga bukan seorang mekanik dan tidak bersekongkol dengan mana-mana geng tarik kereta.

“Lelaki itu macam ‘psiko’ sikit, (mungkin) kerana dia berada di bawah pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPK Perak, hari ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Suspek yang memandu kereta jenis Nissan Almera itu ditangkap pada pukul 3 pagi Sabtu lalu, di Changkat Larang, Lahat selepas lima jam video kejadian tular di Facebook.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, polis Perak merekodkan kutipan kompaun sebanyak RM1.83 juta hasil pembayaran saman pesalah trafik dalam tempoh 12 hari bermula 20 hingga 31 Mac lalu.

Katanya, diskaun saman trafik 60 peratus itu dilaksanakan sempena Sambutan Hari Polis ke-216 tahun ini. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply