ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETS Business Class mula beroperasi 11 Oktober ini – Dari KL Sentral hingga ke Padang Besar, Perlis

Berita Tempatan

Views

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal melancarkan perkhidmatan koc ETS Kelas Perniagaan (Business Class) dari KL Sentral hingga ke Padang Besar, Perlis bermula 11 Oktober ini. Beberapa hantaran terbaharu mengenai perkhidmatan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi mereka.

Menurut portal Says.com, bersempena dengan pelancaran itu, penumpang dewasa boleh membeli tiket sehala pada harga promosi RM50 untuk perjalanan KL Sentral – Ipoh, Perak atau RM112 untuk perjalanan KL Sentral – Padang Besar, Perlis.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun juga layak menerima diskaun konsesi sebanyak 50 peratus. Tiada bayaran akan dikenakan kepada kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk).

Apa yang ditawarkan oleh ETS Business Class?

  • Hiburan dalam tren (video dan audio).
  • Zon wifi percuma.
  • Bantuan semasa dalam perjalanan oleh pelayan (seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat).
  • Port pengecasan USB dan soket kuasa.
  • Hidangan makanan.
  • Tempat duduk boleh dicondongkan 45 darjah.
  • Tempat duduk perseorangan.
  • Lampu membaca.
  • Kit kemudahan (Ammenity kit).

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Daripada jumlah keseluruhan 36 tempat duduk, 12 daripadanya adalah kerusi perseorangan, manakala bakinya adalah kerusi berpasangan. Setiap kerusi juga boleh dipusingkan mengikut arah pergerakan tren. Jadi, anda tidak akan pening kepala lagi seperti sebelum ini semasa tren bergerak secara bertentangan. Buat masa ini, hanya ada satu unit gerabak Business Class daripada enam gerabak dalam satu tren.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook KTM Berhad.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply