ARKIB

KATEGORI

Buletin

Firma Singapura pilih Hemrel lancar roket LAD di Pasir Salak

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Makmal Penyelidikan Bahan Tenaga Tinggi (Hemrel) yang diwujudkan hasil kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan MTC Engineering Sdn Bhd (MTC), membuktikan keupayaannya apabila terlibat dalam pelancaran empat roket ujian.

Ketua UiTM-MTC Hemrel Dr Zuraidah Salleh berkata, selepas melancarkan tiga roket pada 21 September lalu, pihaknya sekali lagi dipilih untuk pelancaran roket ‘demonstrator’ altitud rendah (LAD) berkuasa hibrid berukuran 1.5 meter, ciptaan Equatorial Space System (ESS), sebuah syarikat dari Singapura.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Katanya UiTM-MTC Hemrel memberikan sokongan operasi kepada ESS dengan menyediakan peralatan, ruang kerja dan tapak pelancaran yang diperlukan di Felcra Seberang Perak, Pasir Salak. Kerjasama tersebut dapat dilihat sebagai batu loncatan dalam membina kerjasama lain yang lebih besar, terutama dalam pengembangan teknologi roket dan ruang angkasa, kemudahan serta sumber daya manusia.

Tambah Dr Zuraidah, penglibatan universiti dan syarikat tempatan dengan ESS juga akan membuka jalan untuk lebih banyak peluang pekerjaan, bagi aktiviti ekonomi bernilai tinggi. Pengurus Besar MTC Leftenan Kolonel (B) Ir Mohammad Juani Sujana berkata, kerjasama antara pihaknya bersama UiTM, secara tidak langsung dapat mewujudkan pertukaran teknologi, persefahaman dan ilmu yang penting untuk masa akan datang.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Menurut beliau, pelancaran roket LAD ini berupaya menghasilkan sistem roket motor yang selamat digunakan dan pengujiannya berjaya dilaksanakan. Beliau turut berharap pada masa akan datang lebih banyak aktiviti bersama ESS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas ESS Simon Gwozdz berkata beliau yakin Malaysia mampu menjadi hab pelancaran roket susulan kejayaan pelancaran roket LAD semalam. Ujarnya, Malaysia adalah negara yang berpotensi menjadi hub perniagaan tersebut dan pihaknya sudah pasti akan kembali lagi ke sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply