ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford anugerahkan geran bernilai AS$8,000 kepada Montfort Boys Town

Berita Tempatan

Views

Ford Motor Company dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah menganugerahkan geran bernilai AS$8,000 kepada Montfort Boys Town melalui program Geran Pendidikan Ford di Malaysia yang bertujuan untuk menyokong industri automotif tempatan dalam bentuk latihan untuk melahirkan juruteknik bertauliah.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Geran itu membolehkan Montfort Boys Town untuk mendapatkan dua tiang pengangkat (lift post) bagi kegunaan Jabatan Pemasangan Automotif. Montfort Boys Town merupakan institiusi yang menyediakan latihan praktikal vokasional dan kemahiran hidup kepada belia yang kurang berkemampuan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Pada tahun 2017 Ford telah menyumbang dua kenderaan Ford dan peralatan sehingga membolehkan Montfort Boys Town menambah satu lagi program latihan di dalam kurikulum mereka. Ini merupakan sebahagian daripada pelbagai usaha Tanggungjawab Sosial Korporat oleh Ford di Malaysia.

Inisiatif yang lain termasuklah program Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup yang merupakan program latihan pemanduan selamat untuk semua pemandu berlesen dari pelbagai peringkat usia. Selain itu, kakitangan Ford dan sukarelawan yang terdiri dari agen-agen Ford turut melibatkan diri dalam pelbagai projek khidmat masyarakat menerusi acara tahunan Bulan Prihatin Sedunia.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply