ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bersama dengan KPDNHEP banteras produk, alat ganti tiruan

Berita Tempatan

Views

Semalam, Perodua menganjurkan satu sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, mereka menyedari terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen. Ini termasuklah minyak pelincir, penapis minyak, penyerap hentakan (shock absorbers) dan pad brek.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Katanya lagi, perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal. Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan ini pada kenderaan mereka. Ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi boleh menjejaskan keselamatan dan keadaan kenderaan mereka.

Perodua bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti Perodua, di mana produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari turut hadir dalam sesi taklimat tersebut. Perodua turut mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP kerana sudi menyertai inisiatif tersebut dan berharap ia memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

Orang ramai digesa agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Alat ganti tulen Perodua boleh didapati daripada stokis-stokis yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara.

Produk dan alat ganti tulen Perodua boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Selain itu, produk dan alat ganti ProGanti, yang lebih mampu milik dan tetap diuji serta diperakui Perodua turut ditawarkan.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply