ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terus catat momentum kenaikan jualan

Berita Tempatan

Views

Setelah mencatat jualan tertinggi pada bulan Mei, Proton meneruskan momentum kenaikan jualan pada tahun 2019 dengan mencatatkan jumlah pegangan pasaran tertinggi sejak Julai 2015. Untuk bulan Jun, Proton telah menjual sebanyak 7,615 unit. kedua tertinggi yang dicatatkan oleh syarikat tersebut pada tahun ini.

Proton juga berjaya mencatatkan pegangan sebanyak 18.1 peratus walaupun Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan merosot sebanyak 30.8 peratus iaitu 42,090 unit. Seperti biasa, jumlah jualan akan menurun selepas bulan perayaan, manakala pada bulan Jun 2018 ia merosot kerana bulan tersebut merupakan bulan pertama jualan tanpa GST.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Walau bagaimanapun, jualan Proton mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding Jun tahun lalu, sekaligus membantu mereka mendapat kedudukan kedua dalam carta jualan untuk bulan ketiga berturut-turut. Jumlah ini telah menyumbangkan kepada pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 61 peratus untuk enam bulan pertama tahun 2019, meletakkan mereka di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan tahun ini.

Sebanyak 15,175 unit X70 telahpun diserahkan kepada pelanggan, menjadikannya pendahulu jualan kumulatif untuk keseluruhan segmen SUV selain turut mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV premium dan eksekutif terlaris. Jualan Saga terus berkembang dengan sebanyak 2,541 unit diserahkan pada bulan Jun, menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 27 peratus berbanding enam bulan pertama tahun 2018.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Model-model lain seperti Persona, Iriz dan Exora 2019 turut mencatatkan peningkatan jualan masing- masing sebanyak 108 peratus, 180 peratus dan 135 peratus berbanding jumlah tempahan model semasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong, meskipun keadaan pasaran yang sukar untuk jualan berikutan cuti Hari Raya syarikat terus menunjukkan pertumbuhan jualan yang positif.

Pegangan pasaran meningkat dengan ketara kepada 14.7 peratus berbanding hanya 10.8 peratus tahun lalu. Untuk separuh kedua, Proton akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan jualan dengan memperkenalkan model-model baharu dan yang ditambahbaik seperti dijanjikan pada awal tahun ini.

Di samping itu, lebih banyak cawangan 3S/4S dibuka dan setakat akhir bulan Jun, Proton telah mempunyai sebanyak 91 cawangan yang telah dinaik taraf, paling banyak antara kebanyakan jenama automotif di Malaysia.
Pasukan pembangunan Proton sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan ia diharapmemberi kesan positif kepada skor SSI dan CSI syarikat.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply