ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gandingan LIQUI MOLY dan Hyundai Motorsports bakal berentap dalam WTCR

Sukan Permotoran

Views

Buat julung kalinya dalam sejarah sukan permotoran LIQUI MOLY, pakar pelincir dan aditif dari Jerman itu bakal menyertai World Touring Car Cup (WTCR) bersama-sama dengan Hyundai Motorsports membentuk sebuah pasukan lumba. LIQUI MOLY sebenarnya telah menyertai sukan touring car lebih sedekad yang lalu. Mereka bermula di World Touring Car Championship (WTCC) dan kemudiannya, menyertai siri TCR sejak tahun 2015, bersama pasukan Engstler.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Kini LIQUI MOLY melangkah ke fasa seterusnya dalam WTCR bersama-sama dalam pasukan Engstler yang akan bersaing sebagai pasukan Hyundai. Pasukan ini akan mempertaruhkan dua jentera lumba Hyundai i30 N TCR yang akan dikendalikan oleh ‘otai’ WTCR dari Belanda, Nicky Catsburg dan bakat baharu TCR dari Jerman, Luca Engstler.

Namun semuanya bergantung kepada situasi semasa global yang kini berdepan dengan pandemik COVID-19. Meskipun telah beberapa dekad dalam sukan permotoran, penampilan LIQUI MOLY dalam saingan WTCR kali ini melakarkan era baru untuk syarikat tersebut kerana ia kali pertama mereka bekerja secara langsung dengan pengeluar kereta, kata  Pengarah Pemasaran LIQUI MOLY, Peter Baumann.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Kerjasama ini memperlihatkan kehadiran jenama tersebut pada jentera lumba dan kedua-dua unit Hyundai i30 N TCR itu nanti akan menggunakan minyak pelincir sintetik sepenuhnya LIQUI MOLY, Synthoil Race Tech GT1 10W-60 yang dibangunkan khusus untuk kegunaan di litar lumba.

Usahasama LIQUI MOLY dan Hyundai bukan sekadar untuk kesedaran jenama, tetapi juga bertujuan untuk membangunkan bidang perniagaan baharu. Ini kerana syarikat itu secara tradisinya memberi keutamaan kepada lepas jualan, sebagai contoh pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan. Sebab itulah syarikat tersebut lebih dikenali di kalangan pengusaha bengkel daripada pengedar kereta dan mereka berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya dengan para pengedar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply