ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tren kargo tergelincir di Tanjung Malim

Berita Tempatan

Views

KTM Berhad menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, sebuah tren kargo dengan 43 gerabak pelbagai muatan tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, dekat Muallim, pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata dalam insiden itu, enam gerabak terakhir tren itu tergelincir ketika sedang melalui stesen tersebut pada 6.55 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Beliau berkata tren tersebut dalam perjalanan ke Ipoh dari Pelabuhan Klang dan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan. Jelas beliau, insiden tersebut telah mengakibatkan satu landasan terhalang, namun perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terjejas ekoran insiden itu.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Beliau berkata tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Katanya, semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah dimaklumkan. Tambah beliau, siasatan juga telah dijalankan ke atas pemandu tren dan pembantunya yang terlibat dalam insiden itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memberitahu, kakitangan KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta. Selain itu, ia bagi memastikan operasi tren-tren penumpang tidak terjejas apabila beroperasi sepenuhnya selepas tempoh PKP nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply